Thursday, January 7, 2010

ATCM 2009

Seramai 2 orang Guru Cemerlang Matematik dari Melaka telah menghadiri ATCM 2009 di Normal University Beijing China dari 17 - 22 Disember 2009. Mereka ialah Pn Hjh Saripah Ahmad dari Sek Men Sains Muzaffar Syah Melaka dan Pn Salmah Abu Bakar dari SMK Ayer Keroh Melaka.Dalam persidangan ini mereka telah membentangkan satu kertas yang bertajuk "Teaching Sketching the graph of trigonometric functions by using graphmatica.exe, as an alternative approch" selama 30 minit.Persidangan ini telah dihadiri oleh 400 peserta dari 26 negara yang yang kebanyakannya terdiri dari pensyarah dan guru matematics. Banyak perkongsian pengalaman dalam mengendalikan P&P Matematik menggunakan teknologi telah di dedahkan. Tahun ini persidangan ini akan diadakan diUniversiti Malaya Kuala Lumpur

No comments: