Saturday, August 6, 2011

Mesyuarat AJK MGCM Negeri Melaka

Satu mesyuarat telah diadakan pada 22.julai 2011 hari jumaat mulai jam 3.00 petang untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan perlembagaan MGCM yang baru iaitu untuk menubuhkan MGC peringkat Daerah.Mesyuarat diadakan di bangunan persekutuan JNJK Melaka di MITC Melaka.Turut hadir ialah Pn Hjh Jamiah penyelaras GC di JNJK dan Pn Noorainun Anuar Penyelaras GC di JPN Melaka.Seluruh warga GC mengucapkan jutaan terimakasih atas kehadiran puan berdua. Perlembagaan Akhirnya ditandatangani oleh YDP Melaka Tengah En Mohd Dorahaman , YDP Jasin En Mohd Din Azam, dan YDP Negeri Melaka Tn Hj Rasid Bakar. Sementara itu YDP Alor Gajah akan mendatangani perlembagaan itu kemudiannya kerana YDP Alor Gajah iaitu En Mohd Amin Dahalan tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.Agenda lain adalah perbincangan tentang persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan dan kewangan MGCM .Satu jamuan ringan telah diadakan selepas mesyuarat tersebut.

No comments: