Showing posts with label Berita Untuk GC. Show all posts
Showing posts with label Berita Untuk GC. Show all posts

Saturday, January 9, 2010

Permohonan GC 2010

Pengumuman kepada semua guru...permohonan Guru Cemerlang 2010 telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia surat bertarikh 5 Januari 2010. jadi semua guru boleh memuat turun borang, iklan, syarat dan lampiran di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia ataupun di pautan yang saya buat di 'sidebar' dalam blog ini. tarikh tutup 29 Januari 2010. terbuka kepada semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Harap maklum.
Sila klik untuk borang permohonan

Thursday, January 7, 2010

Makluman

Seorang GC Bahasa Melayu Melaka iaitu Pn Kamariah Ismail dari SM teknik Bukit Piatu sedang menerima rawatan buah pinggang di hospital Besar Melaka. Seluruh warga Guru Cemerlang Melaka mendoakan agar beliau cepat sembuh dari penyakit yang dihadapai.

ATCM 2009

Seramai 2 orang Guru Cemerlang Matematik dari Melaka telah menghadiri ATCM 2009 di Normal University Beijing China dari 17 - 22 Disember 2009. Mereka ialah Pn Hjh Saripah Ahmad dari Sek Men Sains Muzaffar Syah Melaka dan Pn Salmah Abu Bakar dari SMK Ayer Keroh Melaka.Dalam persidangan ini mereka telah membentangkan satu kertas yang bertajuk "Teaching Sketching the graph of trigonometric functions by using graphmatica.exe, as an alternative approch" selama 30 minit.Persidangan ini telah dihadiri oleh 400 peserta dari 26 negara yang yang kebanyakannya terdiri dari pensyarah dan guru matematics. Banyak perkongsian pengalaman dalam mengendalikan P&P Matematik menggunakan teknologi telah di dedahkan. Tahun ini persidangan ini akan diadakan diUniversiti Malaya Kuala Lumpur

Thursday, December 31, 2009

Edaran Dairi MGCM Tahun 2010


AJK MGCNM telah bermesyuarat dan mengambil keputusan bahawa dairi ini akan diberi percuma kepada GC yang telah membayar yuran bagi tahun 2009. Sila hubungi bendahari Pn Hjh Saripah Ahmad di no tel 0133759142 untuk GC Melaka Tengah. Kawasan Jasin En Mohd Din Azam tel 0173297237 dan En Azam Bin Ahmad tel 0136138394 dan kawasan Alor Gajah en Mohd Amin Dahalan tel 0126128962 bagi kutipan. Kami akan simpan selama sebulan selepas itu jika tiada Guru Cemerlang yang telah membayar yuran tahun 2009 tidak mengambil dairi ini kami akan edarkan kepada Guru Cemerlang yang berminat mendapatkan dairi ini dengan cara mereka membayar yuran ahli bagi tahun 2010 pula.

Sunday, July 19, 2009

Iklan Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang 2009

Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Dan Pemangkuan Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Tahun 2009 Di Kementerian Pelajaran Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 (KUP), Gred DGA32 ke Gred DGA34 (KUP) dan dari Gred DGA34 ke Gred DGA38 (KUP) tahun 2009. Jumlah kekosongan kuota Guru Cemerlang bagi PPPLD Gred DGA32 (KUP) ialah 600, Gred DGA34 (KUP) ialah 150 dan Gred DGA38 (KUP) ialah 237.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dari Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP), Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP), Gred DG48 ke Gred DG52 (KUP), Gred DG52 ke Gred DG54 (KUP) dan Gred DG54 ke Gred Khas C (KUP) tahun 2009.

Untuk maklumat lanjut sila klik

Tuesday, February 10, 2009

Tahniah YDP




MGCN Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDP TN HJ ABD RASHID BAKAR atas kenaikan pangkat ke Gred Khas C berkuatkuasa 1 Januari 2009
Semuga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pendorong guru-guru yang lain seterusnya martabat profesion keguruan. Sesungguhnya perlantikan ini menjadi satu sejarah kepada warga pendidikan Negeri Melaka

Tahniah YDP !!